Perlantikan Perdana Menteri & Kabinet

Terdapat dua jenis sistem pilihanraya yang utama dalam dunia demokrasi. Pertama ialah sistem Constituency Based. Melalui sistem ini para pengundi di kawasan setempat mengundi seorang calon individu untuk menjadi MP.

Parti yang mendapat kerusi terbanyak akan membentuk kerajaan. Ini bermakna MP yang menduduki kerusi Parlimen dan bukan partinya. Apabila MP berpindah parti politik, beliau masih boleh mengekalkan kerusinya.

Kedua ialah sistem Proportional Representation. Melalui cara ini pengundi akan mengundi parti politik di dalam pilihanraya. Parti yang menang akan melantik seorang MP sebagai wakil di kawasan tersebut.

Jika sekiranya seseorang MP melompat parti maka beliau terpaksa meninggalkan kerusinya.

Malaysia menggunakan sistem Constituency Based di mana rakyat memilih calon dan bukannya parti. Bukti jelas calon bebas yang tidak berparti dibenarkan bertanding.

Disebabkan itu kita selalu mendengar 'calon itu bertanding atas tiket PKR'. Tiket parti hanyalah berperanan sebagai wadah membentuk kerajaan.

Di bawah sistem Constituency Based, faktor kematangan, kemampuan, kebijaksanaan dan keperibadian calon merupakan ciri-ciri utama yang dititikberatkan oleh para pengundi.

Perlantikan Perdana Menteri & Kabinet

Artikel 43 [1] memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan Baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Artikel 43 [4] memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk membubarkan kabinet beliau sekiranya dia tidak lagi mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

0 comments: